Sunday 20 January 2013

ASK ME HOW. ..???



PM ME OR WHATSAPP .......0143380153

My set Goals 2013



Assalamualaikum....

2013 Semua pasang azam baru nak buat tue n nak buat nie but semua tercapai x?

Rasa2 for those yg mmg azam kuat tue insya allah tercapai tapi yg angan2 kosong tue rasa2 5% jer yg tercapai kot....

Buat diriku...emmmm, Kalau nak jadi senang apa patut aku buat? Kalau nak beli kereta idaman aku macam mana? Kalau nak beli rumah...nak beli dkt mana? Semua soalan nie akan jadi aku nyer matlamat serta sasaran aku tahun nie ...insya allah... :)

TAPI YANG PENTING MATLAMAT AKU YANG DAH TERCAPAI YERLAH AKU DAPAT KEBAHAGIAAN BERSAMA SUAMI TERCINTA DAN ANAK-ANAK AKU YANG COMEL NIE....AKU X SABAR NAK MENUNGGU ANAK KETIGA AKU YANG BAKAL LAHIR X LAMA LAGI....SEMOGA SEMUA SELAMAT....

Sunday 13 January 2013

Tuntutan kesihatan dalam islam

Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)

 Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)

Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan(iman). (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Perlu juga diingatkan di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat. Sabda Nabi s.a.w. : "Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat." (Hadis Riwayat Bukhari)


Dalam satu peristiwa, orang Arab Badwi telah datang kepada baginda Nabi dan mereka bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?" Maka sabda Nabi : "Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja." Maka mereka bertanya, "apakah penyakit itu?" Sabda Nabi : "Penyakit itu ialah 'tua'." (Hadis Riwayat Ahmad) Dua hadis diatas menggesa supaya ahli perubatan mengkaji tentang penawar dan ubat bg penyakit yang belum ditemui lagi.


Di antara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah Nabi s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, berbekam dan tumbuhan herba. Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini (perubatan) berdasarkan sabda Nabi s.a.w. : "Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku." (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Sunday 6 January 2013




Assalamualaikum... Hai! x sabar nyer nak pi me n hubby untuk acara pertama buat kami di Tahun 2013 nie...Moga2 segala harapan serta Impian kami tercapai dalam tahun nie..Ya Allah! lorongkanlah dan janganlah ada apa2 halangan untuk kami sertai... :) Sapa2 nak tau or terasa nak join kami mai lah ramai2 pi... Insya Allah..segala2 akan berubah tapi usaha dan tekad dalam diri perlu ada....



MY FAMILY WITH HERBALIFE...

Assalamualaikum....Hai!!


 Hai semua...today nak story sikit tentang my family with herbalife product.. :P Well, hari nie hubby, anak-anak kesayangan kami Qasy n Aqeil including me dah mengamalkan product nie selama Sebulan lebih dan hasilnya sangat2lh memuaskan hati...Alhamdulillah anak-anak kami x mudah demam lagi...makan pun dh berselera.. :) Serta sangat2 aktif n ceria...Kepada my Hubby lak..TAHNIAH!!! Dh Loss Weight 5KG in a month.. :-) Target nak turun sampai Berat ideal 65kg..huhuhu CHAIYOk!!! Have another 16kg to go sayang...Me pulak...emmm still can maintain my weight even pregnant pun...Scan for my baby alhamdulillah..doktor bagitau sihat n sangat aktif juga :p Alhamdulillah x rasa penat pun walau berjalan sana sini...terasa sangat bertenaga sangat n muka pun rasa fresh sangat...mmglah makan nutrisi nie mengajar kami sekeluarga untuk makan makanan yang sihat...Mengajar kami erti kepentingan penjagaan kesihatan untuk orang tersayang..Sangat Berbaloi2...Dulu my Hubby sangat susah nak makan sayur-sayuran dan ulaman but dengan pengambilan Product nie Hubby dh start mula suka makan sayur-sayuran..Bukan tue saja Hubby dh rajin bersenam serta bersukan...TERIMA KASIH HERBALIFE!!! :) 



My Prince Aqeil



 Hubby n Aqeil

 
 Hubby wit Futsal...

 Photo: "Jom minum shake... :-) x kira masa "


 anak kami yang Lincah Qasy


Semangat Qasy nak swimming

 ME :)





Me Lagi Lorr :-)


 

 

PRODUCT YANG KAMI AMALKAN...



 



WEIGHT LOSS CHALLANGE!!!!


ANDA MAHU JADI BEGINI SEPANJANG HAYAT ANDA?????????








ATAU MAHU JADI SEBEGINI?????










Nak Jadi seperti diatas sambil dapat duit?????

JOM JOIN WEIGHT LOSS CHALLANGE NAK... PENDAFTARAN RM100 JER..

NAK TAU LEBIH LANJUT JUST PM OR WHATSAPP ME AT 014-3380153

TARIKH TUTUP:- 10/01/2013


HADIAH PEMENANG PERTAMA ;- RM1000.00
HADIAH PEMENANG KEDUA    :- RM500.00
HADIAH PEMENANG KETIGA   :- RM250.00

P/s:- Bonus juga anda juga memperolehi tubuh dan kehidupan yang sihat...Insya Allah.. :)


Sumber:- http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/33-masakan-dan-makanan/11344-kekurangan-zat-makanan-remaja.html

Kekurangan Zat Makanan Remaja


Kenapakah pemakanan penting untuk anda?

Anda bukan sahaja matang dari segi fizikal tetapi juga dari segi psikososial dan kognetif.
Anda juga mungkin terdedah kepada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi akibat :
  • Waktu makan yang tidak teratur dan mengambil makanan ringan.
  • Kerap melangkau waktu makan.
  • Makan di luar seperti di restoran.
  • Mengikuti kaedah diet alternatif tertentu.
Oleh itu, anda mungkin mengalami kekurangan zat-zat mikronutrien perlu seperti Zat Besi, Zink, Kalsium, Folat and Iodin.


Apakah yang menyebabkan berlakunya kekurangan zat makanan?

Kekurangan zat makanan di kalangan remaja boleh berlaku akibat :

* Pengambilan makanan yang tidak mencukupi.
* Penyerapan yang tidak baik.
* Peningkatan keperluan dan kehilangan nutrien.
* Penggunaan nutrien yang tidak baik oleh badan.
* Infeksi/jangkitan kuman.
* Kemiskinan.
* Pantang larang dalam pengambilan makanan.


Apakah kekurangan zat makanan yang biasa berlaku di kalangan remaja?

Kekurangan zat-zat makanan yang sering berlaku adalah :

* Zat Besi
* Zink
* Kalsium
* Folat
* Iodin


ZAT BESI

Fungsi zat besi
  • Zat besi adalah penting untuk anda.
  • Ianya amat penting dalam metabolisma tenaga.
  • Zat besi diperlukan untuk membina jisim otot bagi lelaki
  • Bagi perempuan, penambahan keperluan zat besi sehingga 10% diperlukan akibat kehilangan darah yang berlaku semasa haid dan keperluan yang normal bagi pertumbuhan yang baik.
  • Disebabkan keperluan yang berlainan, maka saranan zat besi yang perlu diambil adalah berbeza antara lelaki dan perempuan.
  • Jumlah zat besi yang diserap oleh tubuh bergantung kepada jumlah penyimpanan zat besi dalam badan, amaun dan jenis zat besi dalam sajian harian mereka. Sila rujuk Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005) .


Kekurangan zat besi
Kekurangan zat besi akan menyebabkan :
  • Aktiviti fizikal terjejas.
  • Gangguan kognitif .
  • Perkembangan mental terjejas.
  • Mengganggu proses kehamilan.
  • Kekurangan zat besi boleh menyebabkan berlakunya Anemia .
  • Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh menjejaskan sistem imunisasi tubuh dan mengurangkan system pertahanan badan terhadap infeksi. Ia juga akan menjejaskan daya ingatan dan tugasan harian anda.
Sumber:
zat_besi
  • Terdapat 2 jenis zat besi dalam makanan iaitu zat besi hem and zat besi bukan hem.
  • Zat besi hem diperolehi daripada sumber haiwan seperti daging, ayam dan ikan.
  • Zat besi bukan hem boleh diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin dan kekacang.
  • Pilih makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi dalam hidangan harian sihat anda!
ZINK

Fungsi Zink

Zink merupakan elemen surih dan merupakan vitamin yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.
Zink turut memainkan peranan yang penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.
Keperluan zink boleh diperolehi melalui RNI Malaysia 2005.


Kekurangan

Kekurangan zink boleh berlaku akibat beberapa mekanisma seperti :
  • Pengambilan yang tidak mencukupi.
  • Penyerapan yang tidak baik.
  • Peningkatan keperluan dan kehilangannya.
  • Penggunaannya yang tidak baik oleh badan.
Kekurangan zink boleh memberi kesan kepada sistem imunisasi dan boleh mengganggu perkembangan fizikal seseorang termasuklah perkembangan ciri-ciri seks.
Sumber
zink
  • Sumber makanan yang kaya dengan zat besi ialah daging, ikan, kekacang, legum dan bijirin penuh.
  • Walaubagaimanapun, zink daripada sumber haiwan adalah lebih mudah diserap berbanding sumber tumbuhan.
  • Sumber tumbuhan mengandungi serat dan phytate yang menghalang penyerapan zink oleh usus.


KALSIUM

Fungsi Kalsium



Kalsium merupakan mineral yang penting di dalam badan dan hampir semua (99%) kalsium badan terdapat di tulang. Bahagian lain badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.
Keperluan kalsium adalah tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja. Pengambilan kalsium adalah amat penting kerana penggunaannya adalah tinggi terutamanya semasa pertumbuhan pesat dalam remaja.
Oleh itu, kalsium makanan amat diperlukan dalam pertumbuhan remaja bagi mencapai jisim tulang yang baik.
Keperluan kalsium diterangkan di dalam RNI Malaysia 2005.


Kekurangan
  • Pengambilan yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang.
  • Kekurangan kalsium yang teruk akibat pengambilannya yang tidak mencukupi serta penyerapannya yang tidak baik merupakan akibat berlakunya kekurangan jisim tulang dan osteoporosis.
Sumber
kalsium
  • Makanan yang kaya kalsium termasuklah susu, keju, dadih dan legum.
  • Pilih makanan yang mengandungi kalsium tinggi dalam hidangan harian anda!

FOLAT


Fungsi Folat

Folat diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan sel darah putih di tulang dan penting bagi proses kematangan sel darah. Ia penting dalam metabolisma badan kita. Keperluan zink boleh diperolehi melalui RNI Malaysia 2005.


Kekurangan
  • Kekurangan folat berlaku di kalangan mereka yang tidak mengambil diet yang seimbang. Kekurangannya sering berlaku kepada wanita atau remaja yang mengandung.
  • Kekurangan folat boleh menjejaskan metabolisma badan.
  • Kekurangan folat juga boleh menyebabkan anemia (megaloblastik anemia).
Sumber
folat
  • Folat boleh diperolehi daripada pelbagai jenis makanan terutamanya dalam legume dan sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Pilih makanan yang mengandungi folat dalam hidangan harian anda!

IODIN

Fungsi iodin



Iodin merupakan elemen penting yang diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan anda.Ia dihasilkan oleh badan dalam jumlah yang sedikit sahaja iaitu 15-20mg. Oleh itu ia dikenali sebagai elemen surih. Ia disimpan dalam kelenjar tiroid dan digunakan untuk mensintesis hormon tiroid. Iodin diperlukan oleh badan untuk mensintesis hormon tiroid. Hormon tiroid amat diperlukan untuk mensintesis protein dan mengawal aktiviti-aktiviti enzim di otot, otak, buah pinggang dan kelenjar pituitari. Badan kita memerlukan iodin dalam kuantiti yang sedikit sahaja dan keperluan harian iodin kita dapat dilihat melalui RNI Malaysia 2005.
Kekurangan
Kekurangan pengambilan iodin dalam makanan mengakibatkan berlakunya masalah mental dan kretinism, terutamanya semasa mengandung.
Sumber
iodin
  • Iodin dapat diperolehi daripada pelbagai jenis makanan dan minuman.
  • Makanan seperti kerang, ketam, udang, sotong, tiram dan ikan air masin merupakan makanan yang mengandungi sumber iodin yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh didapati daripada telur, daging, susu, produk susu , bijirin dan buah-buahan kering.
  • Pilih makanan yang mengandungi iodin dalam hidangan harian anda!
Pengenalan

 Obesiti merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko untuk seseorang mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti terjadi disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di pelbagai bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat tubuh yang tidak normal. Tidak semua orang yang obes makan lebih banyak daripada jumlah yang dimakan oleh individu yang berat tubuhnya normal, tetapi yang pastinya ialah orang obes makan lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh tubuhnya.

 Simptom

 Secara saintifiknya obesiti terjadi akibat pengambilan kalori yang tinggi melebihi daripada keperluan harian. Pengambilan kalori adalah berbeza-beza mengikut individu, individu yang bekerja di sektor pembinaan mempunyai keperluan kalori yang tinggi berbanding pekerja di pejabat. Individu yang telah berumur 66tahun perlu mengurangkan pengambilan kalori berbanding dengan peringkat remaja. Berikut adalah faktor utama penyebab obesiti :
Genetik atau keturunan - Obesiti merupakan penyakit kronik yang mempunyai perkaitan langsung dengan faktor keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai ibu bapa yang obes, kemungkinan besar untuk individu tersebut akan mewarisi obesitinya.
 Gaya hidup - Salah satu faktor yang lebih kuat ialah gaya hidup. Ibu bapa yang obes akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka. Contohnya jika pemakanan harian sesebuah keluarga itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut akan turut mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti.
Pemakanan - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.
Kurang aktiviti senaman - Obesiti juga boleh disebabkan oleh kadar aktiviti yang kurang. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti.
 Sakit - Didalam kes-kes tertentu obesiti boleh disebabkan oleh sesuatu penyakit seperti hypothyroidism atau sindrom Cushing. Selain itu juga, pengambilan beberapajenis ubat tertentuboleh menyebabkan obesiti.

Kesan Kaitan Obesiti dengan penyakit : ·

Sistem jantung - tekanan darah tinggi, sakit jantung koronari dan salur darah tersumbat ·
Sistem perkumuhan - cirit-birit dan lemak di bahagian hati ·
Sistem pernafasan - kesukaran bernafas dan tidur berdengkur/ apneatidur ·
Perempuan mengandung - masalah ketika bersalin ·
 Bahagian dada- kanser payudara ·
Bahagian pembiakan wanita - kanser pangkal rahim ·
Bahagian kulit - jangkitan bakteria dan kulat ·
Bahagian saraf. - tekanan mental, rasa rendah diri dan strok.
Pencegahan Mengawal dan menurunkan berat badan bagi orang yang obes dapat mengurangkan risiko penyakit seperti di atas. Walaubagaimanapun, jika pengurangan berat badan yang tidak secara betul, ia menjejaskan kesihatan. Ikuti nasihat berikut semasa anda mencuba mengurangkan berat badan : · Jangan jadikan diri anda terlalu kurus. · Jangan memakan makanan diet yang tidak diketahui mutu pemakanannya yang dijual di pasaran tanpa nasihat doktor. · Jangan memakan dadah (pil diet) tanpa pengawasan doktor. · Jangan menguruskan badan secara tiba-tiba. berat maksimum yang boleh dikurangkan ialah 2 kg pada minggu pertama dan 1 kg pada minggu berikutnya.

Thursday 3 January 2013

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita. Sebab-sebab yang merangsang sakit kepala : Tekanan (tension headache). Kemurungan Migraine (penyempitan salur darah) Penyakit serta ketegangan dalam mata. Sakit gigi dan tulang rahang. Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak. Kejang otot. Kecederaan kepala dan tengkuk/leher. Angin Ahmar Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor). Tekanan Darah Tinggi Pengambilan dadah dan racun Rawatan bergantung kepada sebab : Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi. Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin. Cuba teknik bertenang dan urutan. Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda. Kendalikan tekanan anda dengan baik. Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur. Rawatan khusus bagi penyakit tertentu. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut : Demam. Jika anda melebihi 40 tahun. Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan. Sakit kepala sangat kerap dan teruk. Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami. Lebih teruk dengan batuk atau bersin. Selepas kemalangan yang melibatkan kepala. Kejang tengkuk/leher. Khayal/lali. Sawan. Rasa lemah dan kebas. Kabur penglihatan atau buta. Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi. Loya, muntah. Hilang selera makan dan susut berat badan. Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV Pencegahan Tangani tekanan anda dengan baik. Ketahui teknik-teknik untuk bertenang. Pemakanan seimbang. Kerap bersenam. Berhenti merokok. Amalkan gaya hidup sihat p/s:- JIKA INI ANDA INGIN ELAKKAN INI TERJADI.......WHATSAPP OR PM SAYA DI NO. 0143380153

Order Form

Subject: *
E-mail Address: *
Name
Address
Phone Number
Item(s)
Unit(s)
Total Price (RM)

* RequiredCreate Email Forms